Friday, March 18, 2011

tema dinner- Arabic Night.


akan datang..

160320111041

dinner ni akan berlansung pade 30 mac 2011.

170320111045

tengah rajin tolong orang buat kotak nih untuk buah tangan mase dinner nanti. ape dalam tu? nanti lah! tungguuu..

sekarang ni tgh kebingungan pasal baju.

Abaya-dress

0s_s_75d9fd7c-8e3a-4385-bd6a-6314bfc636fa

yang penting, simple jugak yang akan aku pakai. pasalnye, dinner tu nanti aku akan bekerja keras. serve makanan pade tetamu2 yang hadir!

ok la, bye tawan2! hehe

Wednesday, March 9, 2011

Apa yang anda tahu tentang BNM? AKPK? PIDM? MEPS?

*wah tajuk nak gempak je. sebelum bace, nak cakap entry ni panjang, dan sedikit membosankan.

entry kali ni aku nak cite pasal minggu lepas. biarlah dah seminggu pon. nak cite jugak! hehe. minggu lepas aku ade mengikuti 1 trip. iaitu trip ke:

Bank Negara Malaysia (BNM),

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM),

Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan

Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS).

haa gempak2 je kan tempatnye? okeh, nak cite balik dari mule. sem ni aku ade ambil subjek banking operation. disebabkan itu, lecturer yang mengajar kami, bawak anak2 muridnye ke tempat2 yang berkenaan dengan bank. kecuali JPM, yang tu saje jalan2 je punn.

1st day:

02032011772

trip ni melibat kan 4 buah kelas. seawal pagi ok kami bertolak. kate sir sebab nak mengelakkan kesesakan jalan. biase lah KL kan. sampai2 terus check-in hotel. 02032011783

hotel kami; Citin hotel.

02032011791

no bilik 1206. hamek kau! tingkat paling atas sekali. seram dan sunyi kat atas. first night je, member cakap selimut die kene tarik. siot je. nasib baik la kan bende2 tu takde kacau aku. satu yang aku suke kat hotel nih, aku suke shower die. best sebab transparent. haha.. pemandangan terbaik. kalau dari bilik aku, dah nampak bangunan time square. cube carik yang mane satu TS?

02032011802 tengahari tu, bergerak la kami ke BNM. mendengar taklimat pasal kewangan, macam mane duit tu dihasilkan. untuk pengetahuan, duit2 tu semua dihasilkan di luar negare. negare mane? haa adelah. hehe.. BNM ni diberi hak tunggal untuk mengeluarkan mata wang kat Malaysia. haa kitorang jugak didedahkan macam mane nak kenalpasti duit palsu atau duit original.

188774_194090693955163_100000627014628_590613_3696473_n2 care halus untuk kenal duit palsu atau ori. 1st pakai kanta besar, n lagi satu pakai ultra violet. pic atas ni pakai ultra violet ah. duit tu adelah ori. sebab, cube tengok very colorful. dan kalau care kasar, kite dah boleh rase kertas tu sendiri macamane. banyak lagi la yang baru aku tau. haa kalau ade duit yang dah teruk sangat2 dah xboleh gune, boleh tukar terus kat BNM. tapi kalau kat bank berdekatan pon boleh rasenye. hehe..

02032011806dapat beg.

2nd day:

next destination, AKPK.. yang sedihnye, aku xdapat join yang lain pergi AKPK ni. sob sob. bukan aku sorang je yang xdapat join. ramai. sebab mereka dah hadkan hanya menerima 50 orang je. tapi dari ape yang aku tau la pasal AKPK ni, kalau korang2 semua banyak giler duit, dah tak tau nak arrange kan duit2 tu semua, boleh la pegi daftar kat AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). tak pon dah tak tau sangat2, derma je lah kat aku. pon boleh! haha

next, PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). PIDM ni melindungi deposit bank korang dan akan membayar balik kalau sekirenye bank tu bankrupt, dan jugak akan melindungi korang daripada kehilangan insurans yang layak sekirenye berlaku kegagalan ahli penginsurans. fuh! *sambil selak brochure yang diberikan.

03032011875dapat beg lagi.

3rd day :

ke Putrajaya pulak. kitorang masuk dalam Jabatan Perdana Menteri(JPM), ok! kali ni takde dengar taklimat ke hape. just tengok video macamane Putrajaya dan JPM boleh terbentuk, snap2 gambar dengan pemandangan yang gilerr cantik, then makan2.04032011903

04032011912belakang tu masjid putrajaya. owh lelaki itu bukan menteri. :)

04032011915ini lah JPM. sekian

04032011922pemandangan dari atas.

04032011933aku suke pic ni. dah macam nak shoot slot akasia je. cinte orang2 korporat gitu. tapi tak best pakai hp je nak snap pic ni sebab camera2 gedabak, digital xleh bawak masuk. camera hp je boleh.

04032011954makanan sedap tapi pedas gile. lepas makan makan, terus menuju ke KL balik.

02032011799last sekali, MEPS. *selak brochure jap. haa mesti la korang tau kan ape tu MEPS. dengan adenye MEPS, ianye memudahkan pindahan wang dari akaun simpanan/semase ke akaun simpanan/semase pihak ketiga melalui mesin ATM, transaksi tanpa tunai yang selamat, pindahan adelah segere dan serta merta, dan jugak caj perkhidmatan adelah sebanyak RM 1.00.. fuh!

make dengan itu, tamat lah trip kami. betul2 belajar ni. dari tak tau pape, dapat la sikit input.

ok sebenarnye pade waktu malam, kami dilepaskan untuk pergi je kemane2. asal kan pukul 10.30 malam dah kene balik hotel. ape lagi. dah alang2 kat KL kan, berjalan je lah kami. pergi yang mane dekat je. Mid n TS.

pssttt : homesick! dah lame tak balik rumah. bye!

cop! kalau salah fakta, sile betulkan saye. hehe tq!

Monday, March 7, 2011

Basketball tengah terik

hari sabtu dan ahad lepas berlangsung nye perlawanan basketball antare fakulti dekat U aku ni. aku pergi, tapi bukan aku la yang main. just jadi pom-pom girl yang mengedik kat tepi tu je. haha

setiap fakulti kene hantar wakil same ade lelaki atau perempuan. untuk lelaki 1 group 5 orang, perempuan 1 group 3 orang. tapi tak semua fakulti pon yang hantar. untuk perempuan 4 group je. yang lelaki tak sure pulak berape.

game hari sabtu start pukul 3. perghhh terik tak hingat! aku yang duduk kat tepi tu pon dah macam orang yang main pulak.

05032011981

sains sukan vs sains. hebat2 budak laki main. aku paling suke tengok budak2 civil main. dah la ramai ganteng2. heeehe

05032011979

khusyuk khusyuk. focus! Open-mouthed smile

05032011988

time perempuan pulak, aku dok tergelak je. pasalnye, dorang ni dah terbiase agaknye main netball. tu yang dapat bola je, terus lock kaki. haha tak baik betul dok gelak kan orang.

05032011992

wakil2 dari banking management!

-hani-yati-mawar-

05032011994

hari sabtu tu tamat sebelum maghrib. mereka dapat pergi final. pagi2 ahad tu dorang lawan lagi. then, dapat lah no.3. kire ok lah.. sebab dorang tak pernah practice pon. yang bestnye bile dapat kalah kan 1 group dari sains sukan.

06032011996

tahniah korang !!

psstt : entry hari tu ade cakap nak update pasal kami insan2 terpilih pergi BNM. tapi next entry lah akan diupdate, ok. bye!

02032011806