Showing posts with label student life. Show all posts
Showing posts with label student life. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Al-kisah Ramadhan ke-9.


(entry yang sepatutnye di update malam tadi, tapi kesiputan line tak mengizinkan.)

kelas pagi pukul 8. bangun2 dah pukul 7.45 pagi. hambek kau! menggagau bangun. sebelum pegi mandi, text yati suruh gerak dulu. sampai2 kelas dah pukul 8.20. mase yang diambil adalah untuk perjalanan dari bilik ke kelas sahaja. takde mase untuk bermekap bagai. dapat kelas harini jauh pulak. memang bagus la.

malam sebelum tu, sebenarnye sebelum tidur, telan ubat selsema. tu yang tak sedar hape pon. bunyi alarm, terus off kan. T_T

belah petang pulak, pergi berbuke bersame2 budak kelas. sangat teruja! sebab melibatkan 1 kelas sekali.



8

cop!! ini baru separuh kelas. kejapp


4

changgg! ramai kan??


2masing2 muke kelaparan, tapi masih boleh contol ayuyuyuyuuu.

masing2 muke kelaparan, tapi masih boleh control ayuyuyuyuuu.


9

lepas makan baru teringat nak tangkap gambar nasi yang aku makan. tapi, nak buat camne. aku ni kan jenis short-term memory. LOL. ok ape kasi tunjuk gambar pinggan je. buatnye kasi tnjuk gambar nasi tu, tak ke terliur nanti kan. dah la bulan puase ni.

nasi goreng tomyam yang aku makan, memang superb!! terbaiklah.

demi tak menghampakan awak2 diluar sane, aku kasi la tunjuk sikit eh. kasi terliur sikit.


tadaaa!

5

gulp!!

psstt: SELAMAT BERPUASA SEMUA. JANGAN LUPE NIAT PUASE TAUU. ;)


Wednesday, May 4, 2011

habis exam! kahwin!


entry ini sepatutnye dipublish kan sehari selepasnye paper last final haritu. tapi aku malas nak update. lebih mementingkan layan movie berbanding update blog ketika itu. heee..

lepas study gile2 selame hampir 2 miggu, actually 4 bulan (nampak beno study last minit), maka tamat la sem kali ni pade 28 april. hari last haritu, 2 paper sekali gus. gile tak gile jugak la sekejap. tapi nasib la boleh je jawab. jawab je la boleh. betul tak betul, nasib.


meraikan paper last, kami bermandi hujan. seyes macam budak2 gile. sebenarnye, kami tak dapat nak elak hujan tu disebabkan memang takde bumbung. jadinye, terpakse lah redah jugak. seronok,ok!

1 May haritu, 2 orang kawan lame aku dah pon mendirikan rumahtangga. alhamdulillah. seronok sangat bile dapat tahu. ramai jugak kawan2 yang dah kawen pade umur yang mude.

yela, kami sekarang baru berumur 21 tahun. kalau aku, tak pandai lagi bab2 kawen ni. roomate aku cakap perangai aku macam kanak2 walaupon kalau nak ikutkan dalam bilik, aku yang paling matang dari segi umur. hehe

moge2 kawan2ku yang sudah kawen, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan jayenye, moge kekal dunie dan akhirat. amin..

hari ahad tu, aku dapat la pegi due2 kenduri tu. untuk pertame kalinye. sebelum ni, busy sangat dengan kelas n exam, tak dapat la pegi kawan2 lain kawen. tapi kan, malangnye mase pegi kedue2 kenduri, aku tak snap pic dengan pengantin pon pakai camera enset aku. sengal jugak rasenye. makenye, pinjam kejap la pic mereka2 yang telah di tag. hehe



ni fazarina. dah macam juliana banos dah bile dimekapkan.

nabilah.

persamaan antara kedue2 kawan aku ni, due2 ni dulu,kasar. memang tak nampak sangat la kelembutan mereka. tuptup, dah kawen. terkezut i.. setahu aku, due2 ni memang dah bercinte dengan laki masing2 sejak dari sekolah lagi. bagus lah macam tu. dah lame kenal.

aku doakan mereka2 kekal sehingga akhir hayat.

pssttt, bile pulak nak turn aku nih? hehe

dah 5 hari duduk rumah, tak tau dah nak buat ape. aishh..

Tuesday, February 22, 2011

Demam Pilihan Raya

aku baru je balik dari manifesto pilihan raye. perghh penat je pegi, sekali tak dapat pulak kupon. aishh dem betul. pilihan raye? ye! tahun ni umur aku dah genap untuk mengundi. tapi bukan pilihan raye tu yang aku maksudkan. sekarang nih 1 UiTM tengah hangat dok carik wakil MPP yang baru. pilihan raye yang ni la aku maksudkan.

macam2 janji dorang kalau dapat jadi MPP ni. ade yang suruh bina susur gajah la, macam2 la. aku pon bukan dengar sangat.hehe

21022011729

mereka berkempen.

wakil dari budak banking, 3 orang perempuan. tige2 tu budak kelas aku. mane satu harus aku pilih? jeng jeng jeng. undian adelah rahsie. hehe

21022011730

21022011725kecik

haaa yang ini pulak adelah sepupu aku. diba, muke anda ade di mane2 lah. eheh..

time manifesto tunggu die ni berucap. lame gile tunggu turn die. habis je die berucap, terus balik. sebab tak larat sangat. sebelum die berucap, ade gak sms die. soh die cakap dengan lantang dan kuat. tapi, perlahan jugak. tapi takpe lah, sejujurnye, anda berani. tahniah2!.. malangnye, aku tak boleh nak undi die. sebabnye kami adelah dari fakulti yang berbeza.

besok adelah hari penentuan. mereka2 akan diundi oleh pelajar2 fakulti masing2. keputusan pon besok kot.

psstt : sebelum tidur, kene berangan jap nak undi sape. hehe bye!