Friday, October 28, 2011

T I M E L E S S

heii heii lama sudah tidak ku hapdate ini belog. maaf.

entry kali ni aku nak share dengan korang lagu, kirenye feberet lah dari dulu lagi sampai lah sekarang. takde lah dulu bebenor. 2 tahun yang lepas je. hehe

teramatlah suka lagu ni, sejak pertama kali dengar, terus nak dengar lagu ni berulang-ulang kali. lagu ape eh? TIMELESS. lagu ni ade banyak versi. tapi yang asalnya adalah dari Korea, kalau tak silap.

kalau sape yang tak pernah tengok video clip lagu ni versi korea, serious cakap sedih gila! lakonan Siwon dan Hankyung dari Super Junior. malas nak cite panjang, nah tengok video ni.

sedih kan? okeh tu versi korea. tapi yang selalu yang aku layan versi omputeh. senang sikit nak nyanyi, ye dok? nyanyian Kelly Clarkson dan Justin Guarini. perghh memang takleh nak nafikan lah suare Kelly Clarkson adelah ohhsemm.

nahh cube layan yang ini pulak.

versi cine pon ade jugak kalau tak silap. tapi tak pernah pulak lah nak layan lagi. coming sooooon maybe.

owh yang bawah ni pulak versi Alif Satar dan jugak Julia Abueva. Still in english version. Julia ni orang pilipina. sedap jugak suare Alif Satar ni ek? kesimpulannye boleh la sedap jugak gabungan mereka ni.

*tapi aku lagi prefer Kelly Clarkson la. hehe

oklah, tengah nak memotivasikan diri untuk lebih rajin menghapdate blog. jumpe lagi. okehbyeee.

Friday, August 19, 2011

Beraya bersama baby Hadif




alhamdulillah.. harini dah masuk ramadhan yang ke 19. siape yang puase penuh, angkat tangannnn! yeayyy. *eksited pulakkk.

harini terlebih eksited adelah disebabkan………



terlahirlah seorang anak buahku yang tersangat lah comel. anak buah yang kelima, lelaki.

MUHAMMAD HADIF HAKIMI.

tak dapat informasi yang tepat. berat, 2 kg lebih. terkeluar dari perut umminye pade pukul hampir 11 pagi.


anak buah yang tersedia ade.

Damia, Daniel, Athirah, Danish.

pssst: makin riuh lah rumah nanti.

Wednesday, August 10, 2011

Al-kisah Ramadhan ke-9.


(entry yang sepatutnye di update malam tadi, tapi kesiputan line tak mengizinkan.)

kelas pagi pukul 8. bangun2 dah pukul 7.45 pagi. hambek kau! menggagau bangun. sebelum pegi mandi, text yati suruh gerak dulu. sampai2 kelas dah pukul 8.20. mase yang diambil adalah untuk perjalanan dari bilik ke kelas sahaja. takde mase untuk bermekap bagai. dapat kelas harini jauh pulak. memang bagus la.

malam sebelum tu, sebenarnye sebelum tidur, telan ubat selsema. tu yang tak sedar hape pon. bunyi alarm, terus off kan. T_T

belah petang pulak, pergi berbuke bersame2 budak kelas. sangat teruja! sebab melibatkan 1 kelas sekali.



8

cop!! ini baru separuh kelas. kejapp


4

changgg! ramai kan??


2masing2 muke kelaparan, tapi masih boleh contol ayuyuyuyuuu.

masing2 muke kelaparan, tapi masih boleh control ayuyuyuyuuu.


9

lepas makan baru teringat nak tangkap gambar nasi yang aku makan. tapi, nak buat camne. aku ni kan jenis short-term memory. LOL. ok ape kasi tunjuk gambar pinggan je. buatnye kasi tnjuk gambar nasi tu, tak ke terliur nanti kan. dah la bulan puase ni.

nasi goreng tomyam yang aku makan, memang superb!! terbaiklah.

demi tak menghampakan awak2 diluar sane, aku kasi la tunjuk sikit eh. kasi terliur sikit.


tadaaa!

5

gulp!!

psstt: SELAMAT BERPUASA SEMUA. JANGAN LUPE NIAT PUASE TAUU. ;)


Wednesday, July 20, 2011

HELLO HELLO

 

Saje nak ambil mood lagu Hello Hello by FT Island ni. cube tengok tangan Hong Ki ni bile die sebut Hello Hello dengan mase Good Bye Good Bye. comel! *tau tau. lagu ni bukan lagu baru. saje je nak share. okeh, sebenarnye bukan nak cite pasal Hello Hello ni.

hehhh.. lame suda tak menghapdate blog ni. dari habisnye sem lepas, sampai dah masuk sem seterusnye. sekarang ni tengah cuti midterm, baru nak hapdate. punye la pemalas takde mase. ngehh.

untuk sem ni, memerlukan banyak mase untuk diluangkan terhadap eseimen, termasuk jugak la terhadap test2 yang masing2 taknak kalah timbunnye.

baru2 ni, kesabaran diuji. dimane test2 menunggu giliran untuk dimuntahkan. dan pade mase yang same jugak assignment harus dihantar sebelum cuti seminggu bermule. (berpuitis la pulak)

MGT300- Technology in Business. subjek ni! dalam kelas ni, kalau tak menguap taksah.*padahal semue kelas kau menguap! mungkin ianye berkaitan dengan technology. jadinye, agak lembap sikit otak ni nak terime. untuk individual eseimen, kami diberi tugasan untuk membuat WEBSITE!

pilih satu product/services, then construct website(through Microsoft publisher je pon), yang kononnye kami akan jual produk tu melalui website tersebut. KONON sahajelah!

 

hasilnye..

capt

FARHA WATCHES2U? kelakar!

catssss

untuk laki2.

 

catsss

the ladies. mase google jam2 ni semue, juling jugak la mate ni. semuenye gojes2 gile. belum tengok regenyeee..

 

sampai 5 pagi jugak la stay buat bende alah ni, sorang2 pulak tu. naseb la takde ‘orang’ kacau. ni la padah bile suke buat last minit. hambek kau!

 

psst: cuti duduk rumah saje. rase nak hang out dengan member, tapi taktau sape member tu. haaha bye!

Wednesday, May 4, 2011

habis exam! kahwin!


entry ini sepatutnye dipublish kan sehari selepasnye paper last final haritu. tapi aku malas nak update. lebih mementingkan layan movie berbanding update blog ketika itu. heee..

lepas study gile2 selame hampir 2 miggu, actually 4 bulan (nampak beno study last minit), maka tamat la sem kali ni pade 28 april. hari last haritu, 2 paper sekali gus. gile tak gile jugak la sekejap. tapi nasib la boleh je jawab. jawab je la boleh. betul tak betul, nasib.


meraikan paper last, kami bermandi hujan. seyes macam budak2 gile. sebenarnye, kami tak dapat nak elak hujan tu disebabkan memang takde bumbung. jadinye, terpakse lah redah jugak. seronok,ok!

1 May haritu, 2 orang kawan lame aku dah pon mendirikan rumahtangga. alhamdulillah. seronok sangat bile dapat tahu. ramai jugak kawan2 yang dah kawen pade umur yang mude.

yela, kami sekarang baru berumur 21 tahun. kalau aku, tak pandai lagi bab2 kawen ni. roomate aku cakap perangai aku macam kanak2 walaupon kalau nak ikutkan dalam bilik, aku yang paling matang dari segi umur. hehe

moge2 kawan2ku yang sudah kawen, dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan jayenye, moge kekal dunie dan akhirat. amin..

hari ahad tu, aku dapat la pegi due2 kenduri tu. untuk pertame kalinye. sebelum ni, busy sangat dengan kelas n exam, tak dapat la pegi kawan2 lain kawen. tapi kan, malangnye mase pegi kedue2 kenduri, aku tak snap pic dengan pengantin pon pakai camera enset aku. sengal jugak rasenye. makenye, pinjam kejap la pic mereka2 yang telah di tag. hehe



ni fazarina. dah macam juliana banos dah bile dimekapkan.

nabilah.

persamaan antara kedue2 kawan aku ni, due2 ni dulu,kasar. memang tak nampak sangat la kelembutan mereka. tuptup, dah kawen. terkezut i.. setahu aku, due2 ni memang dah bercinte dengan laki masing2 sejak dari sekolah lagi. bagus lah macam tu. dah lame kenal.

aku doakan mereka2 kekal sehingga akhir hayat.

pssttt, bile pulak nak turn aku nih? hehe

dah 5 hari duduk rumah, tak tau dah nak buat ape. aishh..

Monday, April 18, 2011

Hey Stress,



Dear stress, kite dah boleh couple sekarang. but! just for a while,ok!

and! and!

jerawat, if you wanna be my scandal, pon boleh.





ok, ini adelah disebabkan tekanan yang dihadapi ketika ini. biase lah, bile dah nak final, gini la jadi nye. moge-moge aku tabah mengharungi hari2 yang hebat ini bersama-sama bf baru dan juge skandal-skandal ku ini. hehe


pstt, sekarang kat rumah. habiskan sise-sise bahagie kat rumah ni. huhu

Sunday, April 10, 2011

Derma darah

hari khamis haritu, aku pergi derma darah. sebenarnye tak dirancang pon nak derma. banyak betul kebetulan haritu.

hari khamis tu, kelas aku habis pukul 10. lepas habis kelas, kawan aku, mawar, ajak makan kat café. aku ni tak biase kalau makan kat café ni. lagi2 café yang aku tak pernah pergi pon. akibat didesak oleh si mawar, aku dengan yati follow je la. tengah makan tu aku tanye la mawar, nape tibe2 haritu die beriye giler ajak kitorang makan dengan die. die jawab ‘aku tiap2 hari makan sorang2 kat bilik. kadang makan depan cermin, melalak sorang2’. hahaha. kesian.

sebelum nak ke café tu, nampak la kat unit kesihatan (medec) tu macam ramai je orang. yela program derma darah kan. mulenye si mawar je la yang pergi daftar. aku ni dok sebelah die tengah dilema nak ke tak nak. aku bukan taknak. takut mase timbang berat tu nanti, kene reject. hehe. bajet ringan sangat je. sekali timbang, hamek kau! berat aku 50++. suke2! sebab aku ni susah nak naik berat badan. T_T

editDSC01626

bahagienye muke nak keluarkan darah.

time ni periksa tekanan darah. ok, tekanan darah aku 131/85. darah tinggi,ok! nurse tu siap pakai pen merah lagi tulis 131. die cakap aku kene berjage-jage.

then, tibe time check hemoglobin, mawar tak lepas. die punye tahap hemoglobin bawah 12 tak silap. tinggal la aku sorang2 dalam medec tu. tapi kan, yang bestnye kan, aku diapit oleh laki2 ganteng kiri kanan. hahaha

090420111353

untuk sape yang menderma, akan dapat tag ni. ape lagi, terus pakai la.

edit070420111350

ini bukti bahawe aku telah menderma. heee Smile sebenarnye ni adelah kali kedue aku menderma. last haritu tahun 2009.

mase first time derma, niat aku lain. aku pergi pasang niat, nak tambah berat badan, dengan nak muke bersih tanpe jerawat.(pengaruh rakan sebaye la nih). sekali, hamek kau!! malas nak cite.

psstt: yang penting, niat kene betul. Winking smile

Sunday, April 3, 2011

Dinner Hikayat 1001 Malam–Arabic Night.

30 march haritu, dinner untuk Fakulti Business Management telah berlangsung dengan jayenye. mau nye tak, sebab pelajar-pelajar part 4 yang organize. mestilah happening. hee

tujuan dinner ni adelah untuk mengeratkan silaturrahim sesame fakulti, sesame lecture dan student, dan jugak sesame kos iaitu antara budak2 business dan jugak budak2 banking.

tujuan lain jugak, untuk meraikan pelajar2 sem akhir sebelum mereka-mereka menamatkan diploma mereka. untung tau mereka sebab dapat junior yang banyak sangat idea untuk malam tu. ini secare tak langsung dapat mengeratkn lagi hubungan antara senior junior.

sebelum malam tu, kami tukang-tukang organize ni buat rehearsal. jom la tengok gambar.

300320111202

harus lah berinai bagai.

300320111209

dorang ni tengah buat hiasan untuk diletak atas meja. setiap meja, ade name2. name yang diberikan adelah berdasarkan name2 orang arab.

300320111219

untuk menampakkan lagi tema arab ni, dorang letak canopy yang ade shisha kat tepi sudut dewan. tapi kan, bile malam tu, tak sempat nak snap picture kat situ. terlalu ramai yang nak bergambar kat situ.

300320111220

hiasan untuk tengah-tengah dewan. sangat menarik bile lampu ditutup.

lepas tolong sane sikit, tolong sini sikit, petang tu baru dapat makan. kami makan awal, sebab malam tu tak perlu makan lagi.

acare malam tu start pukul 8.30. tapi lambat datang. hambik kau berlari-lari pergi dewan dengan pakai high heel. dah tengah2 ayu, kene berlari pulak. nasib je la tak tersungkur.

nasib baik lagi sekali bile gimik yang terbaik tak terlepas disebabkan lambat. gimik budak2 laki part 4,bile dorang berlakon ali baba dan 40 orang penyamun. habis riuh 1 dewan tu dok jerit ‘penyamun’. sebenarnye, kami kene jadi tukang jerit. tapi aku kat tepi tu dok gelak je la.

300320111225

si penjage gue yang sangat gembire.(nampak tak ala-ala gue sket kat belakang tu?)

actually, tugas malam tu, aku kene serve makanan. bukan jadi guard. tu pasal la kene datang awal. kitorang dah ditetapkan kene serve meja mane. aku kene serve budak2 part 1.

b30032011(010)

name die Mawar. owh ye.. untuk serve makanan, kami diharuskan memakai purdah. takde lah segan2 nak berjalan kesane kemari.

300320111246

Syawal. firaun moden katenye. sangat gojes mekap die,ok!

300320111251

dengan best friend, Nisa. warne baju kami same. tak dirancang tau!

300320111256

oh, sangat suke baju die. sangat cantik! Atie.

300320111263

bersame si pendek comel ni. Ani dan Bel.

300320111268

Zai. classmate. comel sangat baju die.

300320111269

Zarith. classmate jugak. sangat cantik.

300320111271

si gojes Bayah. dah macam artis tau.

300320111273

mereka yang sangat cantik malam tu. dan juge kacak2 belake.

300320111274

name die Anuar Ibrahim. caye tak?

310320111275

satu lagi props, ade mumia. uh,menyeramkan.

310320111289

Biby yang sangat cantik.

310320111283

310320111291

actually tak banyak sangat pon snap gambar. pasalnye, sangat busy bekerja. tak dapat nak snap gambar dengan lecturer2, senior2 dan jugak pemenang2 untuk best dress. T_T

sangat2 best malam tu. sampai lecturer puji. senior part 6 pon enjoy dengan dinner ni. kire berbaloi la bekerja keras walaupon penat giler. harap2 nanti bile kami jadi part 6, dorang buat lagi terhebat la dari kami.

199878_207914159236056_100000524205700_775822_7245183_n

untuk cenderahati, kami dapat ini. ini untuk organizer la. kalo guest, lain sikit kaler nye.

DSC01559

ok lah! papaiiiii.

psstt: dah masuk bulan 4. final semakin hampir. saje nak wish awal2, gud luck rakan2 se-UiTM sekalian. Winking smile

Friday, March 18, 2011

tema dinner- Arabic Night.


akan datang..

160320111041

dinner ni akan berlansung pade 30 mac 2011.

170320111045

tengah rajin tolong orang buat kotak nih untuk buah tangan mase dinner nanti. ape dalam tu? nanti lah! tungguuu..

sekarang ni tgh kebingungan pasal baju.

Abaya-dress

0s_s_75d9fd7c-8e3a-4385-bd6a-6314bfc636fa

yang penting, simple jugak yang akan aku pakai. pasalnye, dinner tu nanti aku akan bekerja keras. serve makanan pade tetamu2 yang hadir!

ok la, bye tawan2! hehe

Wednesday, March 9, 2011

Apa yang anda tahu tentang BNM? AKPK? PIDM? MEPS?

*wah tajuk nak gempak je. sebelum bace, nak cakap entry ni panjang, dan sedikit membosankan.

entry kali ni aku nak cite pasal minggu lepas. biarlah dah seminggu pon. nak cite jugak! hehe. minggu lepas aku ade mengikuti 1 trip. iaitu trip ke:

Bank Negara Malaysia (BNM),

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM),

Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan

Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS).

haa gempak2 je kan tempatnye? okeh, nak cite balik dari mule. sem ni aku ade ambil subjek banking operation. disebabkan itu, lecturer yang mengajar kami, bawak anak2 muridnye ke tempat2 yang berkenaan dengan bank. kecuali JPM, yang tu saje jalan2 je punn.

1st day:

02032011772

trip ni melibat kan 4 buah kelas. seawal pagi ok kami bertolak. kate sir sebab nak mengelakkan kesesakan jalan. biase lah KL kan. sampai2 terus check-in hotel. 02032011783

hotel kami; Citin hotel.

02032011791

no bilik 1206. hamek kau! tingkat paling atas sekali. seram dan sunyi kat atas. first night je, member cakap selimut die kene tarik. siot je. nasib baik la kan bende2 tu takde kacau aku. satu yang aku suke kat hotel nih, aku suke shower die. best sebab transparent. haha.. pemandangan terbaik. kalau dari bilik aku, dah nampak bangunan time square. cube carik yang mane satu TS?

02032011802 tengahari tu, bergerak la kami ke BNM. mendengar taklimat pasal kewangan, macam mane duit tu dihasilkan. untuk pengetahuan, duit2 tu semua dihasilkan di luar negare. negare mane? haa adelah. hehe.. BNM ni diberi hak tunggal untuk mengeluarkan mata wang kat Malaysia. haa kitorang jugak didedahkan macam mane nak kenalpasti duit palsu atau duit original.

188774_194090693955163_100000627014628_590613_3696473_n2 care halus untuk kenal duit palsu atau ori. 1st pakai kanta besar, n lagi satu pakai ultra violet. pic atas ni pakai ultra violet ah. duit tu adelah ori. sebab, cube tengok very colorful. dan kalau care kasar, kite dah boleh rase kertas tu sendiri macamane. banyak lagi la yang baru aku tau. haa kalau ade duit yang dah teruk sangat2 dah xboleh gune, boleh tukar terus kat BNM. tapi kalau kat bank berdekatan pon boleh rasenye. hehe..

02032011806dapat beg.

2nd day:

next destination, AKPK.. yang sedihnye, aku xdapat join yang lain pergi AKPK ni. sob sob. bukan aku sorang je yang xdapat join. ramai. sebab mereka dah hadkan hanya menerima 50 orang je. tapi dari ape yang aku tau la pasal AKPK ni, kalau korang2 semua banyak giler duit, dah tak tau nak arrange kan duit2 tu semua, boleh la pegi daftar kat AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit). tak pon dah tak tau sangat2, derma je lah kat aku. pon boleh! haha

next, PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia). PIDM ni melindungi deposit bank korang dan akan membayar balik kalau sekirenye bank tu bankrupt, dan jugak akan melindungi korang daripada kehilangan insurans yang layak sekirenye berlaku kegagalan ahli penginsurans. fuh! *sambil selak brochure yang diberikan.

03032011875dapat beg lagi.

3rd day :

ke Putrajaya pulak. kitorang masuk dalam Jabatan Perdana Menteri(JPM), ok! kali ni takde dengar taklimat ke hape. just tengok video macamane Putrajaya dan JPM boleh terbentuk, snap2 gambar dengan pemandangan yang gilerr cantik, then makan2.04032011903

04032011912belakang tu masjid putrajaya. owh lelaki itu bukan menteri. :)

04032011915ini lah JPM. sekian

04032011922pemandangan dari atas.

04032011933aku suke pic ni. dah macam nak shoot slot akasia je. cinte orang2 korporat gitu. tapi tak best pakai hp je nak snap pic ni sebab camera2 gedabak, digital xleh bawak masuk. camera hp je boleh.

04032011954makanan sedap tapi pedas gile. lepas makan makan, terus menuju ke KL balik.

02032011799last sekali, MEPS. *selak brochure jap. haa mesti la korang tau kan ape tu MEPS. dengan adenye MEPS, ianye memudahkan pindahan wang dari akaun simpanan/semase ke akaun simpanan/semase pihak ketiga melalui mesin ATM, transaksi tanpa tunai yang selamat, pindahan adelah segere dan serta merta, dan jugak caj perkhidmatan adelah sebanyak RM 1.00.. fuh!

make dengan itu, tamat lah trip kami. betul2 belajar ni. dari tak tau pape, dapat la sikit input.

ok sebenarnye pade waktu malam, kami dilepaskan untuk pergi je kemane2. asal kan pukul 10.30 malam dah kene balik hotel. ape lagi. dah alang2 kat KL kan, berjalan je lah kami. pergi yang mane dekat je. Mid n TS.

pssttt : homesick! dah lame tak balik rumah. bye!

cop! kalau salah fakta, sile betulkan saye. hehe tq!